Misteri makhluk ganjil terdampar di tepi pantai

Makhluk yang ditemui di tepi pantai Quensland terus menimbulkan misteri. Foto Facebook KerryAnne Kennedy
Makhluk yang ditemui di tepi pantai Quensland terus menimbulkan misteri. Foto Facebook KerryAnne Kennedy
A
A
A

MELBOURNE - Identiti sejenis makhluk yang terdampar di sebuah pantai Queensland pada hujung minggu lalu terus menjadi misteri, lapor portal berita 7NEWS.com.au semalam.

Seorang pengguna Facebook berkata, dia menemui haiwan yang jarang dilihat dan menyerupai setompok jeli di Pantai Urangan, Teluk Hervey pada Jumaat lalu.

"Terfikir adakah ia adalah seekor ikan batu yang hanyut?" tanya seorang wanita di laman sosial itu.

Bagaimanapun, pengguna-pengguna media sosial tidak setuju dengan pandangan itu.

"Ia bukan seekor ikan batu. Bagi saya ia kelihatan terumbu yang lembut," tambah seorang lagi pengguna media tersebut.

"Ternyata ia bukan seekor ikan tetapi yang pastinya ia sangat buruk," kata seorang lagi pengguna.

Ada saintis mendakwa makhluk yang ditemui ada daripada spesies babi laut.
Ada saintis mendakwa makhluk yang ditemui ada daripada spesies babi laut.

Beberapa teori lain mencadangkan ia mungkin obor-obor, sebahagian badan ikan paus atau jerung atau ambergris iaitu bahan pepejal yang dikeluarkan sperma ikan paus.

Artikel Berkaitan:

Ambergis digunakan pengeluar minyak wangi dan boleh bernilai tinggi dari segi kewangan.

Dalam pada itu, seorang pakar biologi, Dr Olaf Meynecke berkata, makhluk tersebut kemungkinan besar ialah makhluk yang lebih dikenali sebagai babi laut.

Ia ialah haiwan laut tanpa tulang belakang.

"Sebaik dihanyutkan ke daratan, ia kelihatan seperti satu tompokan tetapi di dalam air, makhluk itu mampu menjadi struktur yang lebih kompleks," katanya. - Agensi