X

Kindly register in order to view this article
!

Silva dijulang legenda Manchester City

Silva (kanan) meraikan jaringan keempat bersama Kevin De Bruyne di Etihad.
A
A

Rentak bertenaga David Silva ketika membantu Manchester City membelasah Newcastle United 5-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Etihad mendapat pujian pengendali The Citizens, Pep Guardiola.

Menurut Guardiola, pemain berusia 34 tahun itu berjaya menyuntik semangat rakan-rakan sepasukannya dengan melakukan gerakan yang membolehkan Gabriel Jesus dan Raheem Sterling menyumbang gol.

“Silva mempamerkan satu persembahan yang cukup luar biasa sehingga berjaya memotivasikan semangat pemain lain untuk memenangi perlawanan ini. Peranan yang dimainkannya cukup penting bagi kelab mengakhiri baki saingan liga selepas bersambung pertengahan Jun lalu.

“Dia kembali dengan rentak cukup luar biasa dan saya tidak pernah meragui keupayaannya untuk beraksi di venue tanpa penyokong. Inilah yang perlu dicontohi pemain lain pada masa depan.

“Apa pun setelah penyokong The Citizens dibenarkan kembali ke Etihad menyaksikan perlawanan secara normal, kami akan mengadakan perlawanan perpisahan kepada legenda kelab ini,” katanya.

Silva akan meninggalkan City pada penghujung musim ini selepas 10 tahun berbakti di Etihad dengan rekod 121 bantuan gol selain meledak 10 gol dalam semua pertandingan pada setiap musim.

Guardiola berkata, dia mengharapkan bekas tonggak Valencia itu akan tampil lebih menyerlah dalam dua lagi perlawanan liga di laman sendiri sebelum meninggalkan kelab berkenaan.

“Pada tahap ini, Silva berada pada prestasi terbaiknya. Dia legenda yang luar biasa, pesaing yang hebat dan saya tidak pernah melihat pemain seperti dia,” jelas Guardiola.

Pada aksi itu, City mendahului 2-0 hasil jaringan Jesus pada minit ke-10 dan Riyad Mahrez (21) sebelum tiga gol lagi menjelma pada babak kedua hasil jaringan sendiri Federico Fernandez (58), Silva (65) dan Sterling (91).


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus