Arca Melania Trump kena bakar

Arca berwarna biru itu didakwa kelihatan seperti karakter Smurfette dalam animasi Smurfs dan ia telah dialihkan sehari selepas insiden dibakar. - Foto: Agensi
Arca berwarna biru itu didakwa kelihatan seperti karakter Smurfette dalam animasi Smurfs dan ia telah dialihkan sehari selepas insiden dibakar. - Foto: Agensi
A
A
A

LJUBLJANA - Sebuah patung kayu unik Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Melania Trump berhampiran bandar kelahirannya di Slovenia didakwa telah dibakar individu tidak bertanggungjawab.

Artis seni warga Amerika, Brad Downey yang menghasilkan arca itu memberitahu, ia menjadi sasaran vandalisme ketika sambutan Hari Kemerdekaan AS pada 4 Julai lalu.

"Ia telah dialihkan pada keesokan harinya," kata artis berpusat di Berlin tersebut.

Sementara itu, pihak berkuasa memaklumkan ia telah melancarkan siasatan ke atas kejadian itu.

Difahamkan, arca diukir daripada batang pokok menyerupai isteri kepada Presiden Donald Trump itu ditempatkan di pinggir Sevnica, bandar kelahiran wanita itu di tengah Slovenia.

Patung tersebut yang menggambarkan Melania memakai kot berwarna biru sama seperti yang dipakai beliau ketika pelantikan suaminya sebagai Presiden ke-45 AS menerima pelbagai reaksi ketika ia dibina pada Julai 2019.

Sebahagian penduduk mengecam penghasilan patung itu yang didakwa kelihatan seperti karakter Smurfette dalam animasi Smurfs.

Pada Ogos 2019, patung kayu Trump yang dibina di timur Ljubljana juga berdepan kritikan ramai.

Artikel Berkaitan:

Arca setinggi lapan meter itu bagaimanapun dibakar oleh individu tidak dikenali pada Januari lalu. - Agensi