Pekerja Starbucks tulis 'ISIS' pada cawan pelanggan Islam

Perkataan 'ISIS' yang merujuk kepada Daesh ditulis pada cawan kopi yang dipesan Aishah. - Foto: Agensi
Perkataan 'ISIS' yang merujuk kepada Daesh ditulis pada cawan kopi yang dipesan Aishah. - Foto: Agensi
A
A
A

NEW YORK - Seorang remaja Muslim di Amerika Syarikat (AS) menyelar syarikat minuman kopi gergasi, Starbucks selepas seorang barista menulis perkataan 'ISIS' yang merujuk kepada kumpulan militan Daesh pada minuman yang dipesannya.

Gadis berusia 19 tahun yang hanya dikenali sebagai Aishah berkunjung ke cawangan Starbucks di St Paul, Minnesota dan menyebut namanya sebanyak dua kali ketika membuat pesanan.

"Perkataan yang ditulis itu sememangnya menjejaskan reputasi Muslim di seluruh dunia," katanya pada sidang media Isnin lalu.

Menurutnya, dia membuat aduan tentang perkara itu dan mereka hanya memberi alasan kononnya pekerja tersebut tidak mendengar namanya dengan betul.

Aishah kemudiannya meminta untuk bertemu dengan pengurus, namun mereka cuba berdalih dan menyatakan bahawa pelanggan selalu berdepan masalah tersalah nama.

Mereka kemudiannya memberikan minuman itu secara percuma dan turut menerima kad baucar bernilai AS$25 (RM106).

Aishah bagaimanapun menggesa barista dan pengurus cawangan itu dipecat atas insiden tersebut.

Sementara itu, jurucakap Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR), Jaylani Hussein yang mewakili Aishah berkata, apabila bercakap tentang Islamofobia, perkara pertama ialah mereka melabel orang Islam sebagai pengganas.

Artikel Berkaitan:

"Menggunakan perkataan 'ISIS' adalah sama seperti menggelar orang kulit hitam dengan panggilan berbaur diskriminasi," tegasnya.

Dalam satu kenyataan balas, Starbucks mendakwa barista tersebut adalah kakitangan peruncit utama di AS, Target dan syarikat itu dalam satu kenyataan menyifatkan ia sebagai kesilapan yang tidak wajar berlaku dan individu terbabit akan menjalani program latihan. - Agensi