X

Kindly register in order to view this article
!

Siapa kata saya lelong aset TH: Mujahid

MUJAHID
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menyangkal tuduhan bahawa beliau melelong aset Lembaga Tabung Haji (TH) ketika memegang jawatan itu.

Beliau berkata, buktinya ialah TH menerusi kenyataannya hari ini mengumumkan pendapatan pelaburan sebanyak RM1.55 bilion dalam tempoh setengah tahun pertama 2020 dan turut disokong oleh pelaburan di pasaran sukuk dan saham.

Kenyataan TH turut menyebut bahawa pelaburan aset pendapatan tetap menyumbang sebanyak RM1 bilion iaitu 65 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan TH bagi tempoh Januari sehingga 30 Jun 2020.

Menurut Dr Mujahid, ketika beliau mengambil alih jawatan menteri dua tahun lalu, defisit TH berjumlah RM10 bilion.

Katanya, hasil pakej pemulihan pada penghujung 2018 berjaya menutup defisit dengan lebihan RM1 bilion.

“Melalui lebihan itu TH mampu membayar hibah sebanyak 1.25 peratus kepada pendepositnya manakala pada 2019 pula lebihan sebanyak RM2.3 bilion dengan bayaran hibah sebanyak 3.05 peratus.

“Suku pertama 2020 pula lebihan sebanyak RM1.86 bilion dan Insya-ALLAH bayaran hibahnya lebih baik. Siapa kata saya lelong aset TH,” soalnya menerusi Twitter beliau hari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus