Calon PM: Mohd Shafie belum buat pendirian

 Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
A
A
A

KENINGAU - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal masih belum membuat sebarang keputusan berhubung pencalonannya sebagai Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan (PH) seperti dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, bulan lalu.

“Apabila saya dicalonkan sebagai perdana menteri, ia bertujuan sebagai jalan penyelesaian kemelut politik negara ketika ini. Namun, berdasarkan kenyataan PH baru-baru ini, ia menunjukkan mereka tidak tegas.

“Kita boleh melihat wujud keadaan di mana PH tidak dapat membuat keputusan,” kata Ketua Menteri Sabah itu kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 25 Jun lalu, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, keputusan memilih Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna itu dicapai sebulat suara dalam satu pertemuan dengan sekutunya (Parti Amanah Negara, Warisan dan DAP) di Rumah Tetamu Sabah di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir berkata, dalam pertemuan itu, mereka juga bersetuju untuk mencadangkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1, dan bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai calon Timbalan Perdana Menteri II.

Bagaimanapun, baru-baru ini, Majlis Presiden PH memutuskan untuk terus komited kepada pendirian asal bagi mencalonkan Anwar sebagai perdana menteri sekiranya PH kembali membentuk kerajaan.- Bernama

Artikel Berkaitan: