Datuk Bandar Seoul hilang

Park Woon-soon.
Park Woon-soon.
A
A
A

SEOUL - Polis Korea Selatan hari ini melancarkan operasi untuk mencari Datuk Bandar Seoul, Park Won-soon selepas beliau dilaporkan hilang oleh anak perempuannya.

Agensi Polis Metropolitan Seoul memaklumkan kawasan carian mereka adalah sekitar Sungbuk-dong, sebuah daerah di utara Seoul di mana isyarat telefon bimbit beliau kali terakhir dikesan.

“Kehilangannya dilaporkan pada jam 5.17 petang (waktu tempatan). Anak perempuannya mendakwa telefon bimbit bapanya juga telah ditutup.

“Beliau tidak hadir di pejabat dan turut membatalkan mesyuarat dengan pegawai presiden,” ujar jurucakap polis, Kim Ji-hyeong.

Agensi berita Yonhap melaporkan pihak berkuasa turut menggunakan dron dan anjing pengesan dalam operasi tersebut.

Won-soon yang menjadi Datuk Bandar Seoul sejak 2011 dilihat sebagai calon berpotensi untuk Parti Demokratik Liberal pada Pilihan Raya Presiden 2022. - Agensi

Artikel Berkaitan: