Warga Singapura di UK kumpulan pertama mengundi di luar negara

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong (tengah) yang juga Setiausaha Agung parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) bertemu penduduk ketika berkempen baru-baru ini. - Foto: AFP
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong (tengah) yang juga Setiausaha Agung parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) bertemu penduduk ketika berkempen baru-baru ini. - Foto: AFP
A
A
A

SINGAPURA - Bahang Pilihan Raya Umum Singapura (GE2020) semakin terasa selepas aktiviti kempen yang berlangsung selama sembilan hari berakhir.

Warga Singapura yang menetap di United Kingdom (UK) menjadi kumpulan pertama daripada 6,570 pengundi di luar negara yang membuang undi hari ini.

Sejurus Suruhanjaya Tinggi Singapura di London dibuka pada jam 8 pagi (waktu tempatan) kira-kira 15 individu telah mula beratur pada jarak dua meter antara satu sama lain untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

London adalah salah satu daripada 10 pusat pengundian di luar negara termasuk di Beijing, Canberra, Dubai, Hong Kong, New York dan Washington.

Bagaimanapun, masalah dalam sistem Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menyebabkan seramai 101 warga Singapura di luar negara tidak dapat mengundi pada kali ini.

Kira-kira 2.65 juta penduduk Singapura akan menunaikan tanggungjawab mereka bermula jam 8 pagi hari ini.

Semalam, Jabatan Pilihan Raya (ELD) mengumumkan tempoh bertenang 24 jam.

Difahamkan, aktiviti kempen seperti mengedarkan risalah, lawatan ke rumah atau penggunaan perambulating vehicles (kenderaan meronda-ronda) tidak lagi dibenarkan, namun media cetak dan elektronik masih boleh menerbitkan atau menyiarkan bahan berkaitan pilihan raya.

Artikel Berkaitan:

Ketika ini, e-kempen termasuk live-streaming atau siaran iklan pilihan raya di internet juga tidak dibenarkan bermula semalam.

ELD turut melaksanakan langkah untuk memastikan keselamatan dan pengundian berjalan lancar.

Langkah yang dibuat termasuk pemeriksaan suhu badan kesemua pengundi, mengarahkan pemakaian topeng muka, memastikan peraturan penjarakkan sosial dipatuhi dan melaksanakan amalan kebersihan yang ketat di pusat pengundian. - Agensi