X

Kindly register in order to view this article
!

Remaja 15 tahun maut jatuh dari tingkat 11

Mayat mangsa ditemui berlumuran darah.
A
A

SEBERANG PERAI -Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 11 di Pangsapuri Perai Indah di sini petang tadi.

Dalam kejadian jam 1.57 petang itu, pelajar Tingkatan Tiga itu ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di koridor pangsapuri berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, mangsa merupakan anak sulung dan mempunyai seorang adik perempuan.

Menurutnya, mereka tinggal di pangsapuri berkenaan bersama keluarga bapa saudara selepas bapanya keluar bekerja di sebuah hotel di kawasan pulau, manakala ibu mereka pula kini bekerja di Singapura.

Anggota polis melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian di Pangsapuri Perai Indah petang tadi.
Anggota polis melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian di Pangsapuri Perai Indah petang tadi.

"Semasa kejadian, adik mangsa melihat kakaknya itu terjatuh dari tingkat 11 rumah mereka.

"Hasil temubual ke atas ahli keluarga mendapati mangsa merupakan seorang yang sangat sensitif. Dia dikatakan terlalu sedih selepas ibunya tidak dapat pulang bagi menghadiri satu upacara akil baligh yang akan diadakan tidak lama lagi dan menyebabkan upacara itu terpaksa dibatalkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Shafee berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya di sini untuk bedah siasat dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!