Polis panggil saksi daripada Al Jazeera esok

Dokumentari Al Jazeera bertajuk ‘Locked Up in Malaysia's Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mendakwa terdapat isu perkauman dalam mengendalikan Covid-19 di Malaysia.
Dokumentari Al Jazeera bertajuk ‘Locked Up in Malaysia's Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mendakwa terdapat isu perkauman dalam mengendalikan Covid-19 di Malaysia.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil saksi daripada media antarabangsa Al Jazeera untuk hadir memberi keterangan berhubung laporan berita tidak tepat mengenai layanan terhadap warga asing ketika negara memerangi pandemik Covid-19.

Kesemua mereka akan dipanggil pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di Bukit Aman jam 10 pagi esok.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghantar notis kepada empat individu daripada Al Jazeera semalam untuk tampil membantu siasatan berhubung isu berkenaan.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan bahawa individu yang dipanggil terdiri daripada pengarang, penyunting, wartawan dan jurukamera.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat individu dari Al Jazeera diarah tampil beri keterangan

Wartawan Al Jazeera dipanggil ke Bukit Aman minggu ini

Bukit Aman panggil Al Jazeera

Selain itu, beliau berkata, lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Md Rayhan Kabir, 25, turut dikesan bagi membantu siasatan.

"Lelaki itu telah ditemuramah dalam wawancara video dokumentari Locked Up in Malaysia's Lockdown yang berdurasi hampir 26 minit disiarkan pada 3 Julai lalu," katanya.

Kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya menerima lima laporan polis mengenai tindakan Al Jazeera itu.

Laporan yang tidak berasas dan berat sebelah itu telah menimbulkan kegusaran serta kebimbangan majoriti rakyat negara ini seolah-olah kerajaan begitu berlembut dengan pihak berkenaan apabila mereka menyiarkan berita tidak benar mengenai kejayaan kerajaan menangani penularan wabak Covid-19.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (menghasut), Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar.

Artikel Berkaitan: