PH akan pertahankan kedudukan Mohamad Ariff, Kor Ming

ANWAR
ANWAR
A
A
A

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) akan mempertahankan kedudukan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan Nga Kor Ming selaku Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada sidang Parlimen yang akan bermula Isnin ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, institusi Speaker Dewan Rakyat dalam bidang kuasa di Parlimen merupakan satu institusi yang penting.

Beliau yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, pandangan segelintir pihak yang mengatakan pertukaran tersebut sebagai amalan biasa adalah mereka yang tidak memahami sejarah Parlimen.

“Dalam kes Tan Sri Ariff ini, beliau dianggap mantan hakim yang telah menjalankan tugas dengan baik.

“(Kita) sudah lihat beberapa langkah reformasi Parlimen yang belum pernah berlaku sebelum ini iaitu select committee, kaukus, kegiatan Parlimen, latihan, hubungan dengan beberapa badan antarabangsa, beri peluang pendedahan kepada ahli Parlimen yang muda.

"Jadi oleh yang demikian, kita akan secara tegas dan keras mempertahankan kedudukan Tan Sri Ariff dan juga timbalan Speaker, Nga Kor Ming,” katanya kepada pemberita di Port Dickson hari ini memetik laporan portal Malaysiakini.

Artikel Berkaitan: