Adam Norrodin akui sukar kekal rentak

ADAM NORRODIN
ADAM NORRODIN
A
A
A

PELUMBA kebangsaan, Adam Norrodin menamatkan saingan pada tempat kelapan dalam pusingan pembukaan Kejuaraan Eropah FIM CEV 2020 di Estoril, Portugal pada Rabu.

Pelumba Liqui Moly Intact SIC Junior Team itu yang bermula di petak kesembilan mencatatkan 31:03.874 saat tetapi memperbaiki catatan masanya dengan 3.382 saat pada perlumbaan kedua.

Pelumba Itali Yari Montella daripada Team Ciatti-Speed U memenangi perlumbaan itu dengan masa 30:34.598 saat.

“Saya agak kecewa walaupun saya dalam kelompok 10 teratas, sasaran saya adalah untuk mencapai kedudukan lebih tinggi daripada itu.

“Saya bergelut terutama pada pusingan dua. Saya sudah berada pada kedudukan keempat pada satu masa tetapi sukar untuk saya mengekalkan rentak,” kata Adam dalam kenyataan dikeluarkan oleh pasukan itu hari ini.

Terdahulu, rakan sepasukannya Sharul Ezwan Sharil tercicir di belakang selepas terlibat dalam kemalangan pada perlumbaan pertama dalam saingan Piala Bakat Eropah.

Beliau mendapat tempat ke-22 dalam perlumbaan dua selepas bergelut dengan masalah gear berpunca daripada insiden pada perlumbaan pertama. - Bernama

Artikel Berkaitan: