Sinar Harian terima Anugerah Khas Media IGROW

Saifullah (kanan) menerima Anugerah Penghargaan Khas Media Program STAR/IGROW bagi Laporan Berita Akhbar Terbaik daripada Saarani di Kompleks Desa Warisan IGROW, Kampung Gajah, hari ini.
Saifullah (kanan) menerima Anugerah Penghargaan Khas Media Program STAR/IGROW bagi Laporan Berita Akhbar Terbaik daripada Saarani di Kompleks Desa Warisan IGROW, Kampung Gajah, hari ini.
A
A
A

PASIR SALAK - Sinar Harian menerima Anugerah Penghargaan Khas Media Program STAR/IGROW bagi Laporan Berita Akhbar Terbaik anjuran Institut Agro Usahawan (IGROW), Kampung Gajah di sini hari ini.

Menerusi artikel bertajuk Kek Lapis Mimi Rosita laris yang ditulis oleh wartawan, Saifullah Ahmad itu, Sinar Harian menerima sebuah trofi, sijil penghargaan berserta wang tunai.

Majlis penyampaian anugerah disempurnakan Exco Pembangunan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Perak, Datuk Saarani Mohamad di Kompleks Desa Warisan IGROW di sini.

Selain Sinar Harian, beberapa agensi media lain turut menerima anugerah membabitkan kategori Laporan Rencana Terbaik yang dimenangi Bernama, Siaran Langsung Terbaik (Astro Awani), Dokumentari TV Terbaik (Majalah 3 - TV3), Analisis Isu Terbaik (The Star) dan Keseluruhan Penyampaian Media Terbaik (Astro Awani).

Pengerusi Eksekutif IGROW, Nordin Abdul Malek berkata, anugerah yang diwujudkan itu bagi menghargai sumbangan media memberikan liputan mengenai IGROW dan usahawan di bawah bimbingan mereka.

"Media telah memainkan peranan dengan agresif membantu meningkatkan hasil jualan usahawan-usahawan di daerah Perak Tengah ini.

"Peranan media memperakukan usaha dilakukan usahawan ini menjadikan perniagaan mereka terus maju," katanya ketika berucap pada Majlis Lawatan Kerja dan Anugerah Penghargaan Media Program STAR/IGROW di Kompleks Desa Warisan IGROW, Kampung Gajah di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Saarani (tengah) menyampaikan Anugerah STAR kepada seorang usahawan yang cemerlang ketika Covid-19 di Kompleks Desa Warisan IGROW, Kampung Gajah, hari ini.
Saarani (tengah) menyampaikan Anugerah STAR kepada seorang usahawan yang cemerlang ketika Covid-19 di Kompleks Desa Warisan IGROW, Kampung Gajah, hari ini.

Pada majlis itu, Saarani turut menyampaikan Anugerah Usahawan Strategi Pengiklanan Penceritaan (STAR) kepada usahawan-usahawan yang berjaya meningkatkan jualan setelah terkesan akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Beliau turut melancarkan portal pemasaran dalam talian hasil inisiatif IGROW iaitu Ordar.my pada majlis tersebut.

Sementara itu, pada sidang akhbar selepas majlis berkenaan, Saarani berkata, kerajaan negeri akan mengadakan Karnival Usahawan Perak di 20 lokasi di negeri ini.

Katanya, program yang bermula pada 17 Julai ini akan membabitkan 40 usahawan untuk memasarkan produk mereka.

Terdahulu, Saarani turut melawat beberapa usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di sekitar daerah Perak Tengah.