X

Kindly register in order to view this article
!

Pengasas NGO disiasat kes cabul doktor pelatih lelaki

Mangsa dicabul suspek di dalam bilik pejabat sebuah hospital di Kuala Lumpur kira-kira jam 12 tengah hari pada 4 November tahun lalu - gambar hiasan. Gambar kecil: Mazlan Lazim
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pengasas sebuah badan bukan kerajaan (NGO) disiasat polis berhubung laporan dakwaan kes cabul seorang doktor pelatih pada 4 November tahun lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, mangsa seorang lelaki berusia 27 tahun membuat laporan berkenaan pada 17 Februari lalu.

"Menurut laporan mangsa, dia dicabul suspek di dalam bilik pejabat di sebuah hospital di Kuala Lumpur kira-kira jam 12 tengah hari pada 4 November tahun lalu.

"Mangsa mendakwa lewat membuat laporan polis kerana khuatir kerjayanya musnah memandangkan suspek ialah penyelianya dan juga seorang yang berpengaruh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek yang juga seorang pensyarah itu disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Katanya, polis menasihatkan mangsa kes sebegini untuk tampil membuat laporan supaya siasatan dapat dijalankan terhadap pelaku dan hukuman yang setimpal mengikut peruntukan undang-undang dapat dikenakan kepada individu yang terlibat.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian

03-2115 9999 atau menghubungi mana–mana balai polis berdekatan," katanya.