'Tahap pematuhan SOP PKPP di masjid, surau memuaskan'

Dr Zulkifli bercakap pada sidang media selepas Lawatan Kerja dan Majlis Penyerahan Van Jenazah di Penjara Sungai Buloh hari ini. - Foto Bernama
Dr Zulkifli bercakap pada sidang media selepas Lawatan Kerja dan Majlis Penyerahan Van Jenazah di Penjara Sungai Buloh hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di masjid serta surau di seluruh negara dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) setakat ini adalah memuaskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata, berdasarkan pemantauannya, jemaah mengamalkan jarakan sosial dan SOP lain.

“Perkara ini (pematuhan SOP), saya amat berpuas hati dan diharap dapat diteruskan sehingga keadaan aman dan stabil daripada wabak koronavirus (Covid-19),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Replika Kunci Van Jenazah kepada Penjara Sungai Buloh, dekat sini sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga menerima laporan secara mingguan berhubung pematuhan SOP di masjid dan surau di seluruh negara.

Ini akan dilakukan sehingga 31 Ogos ini, katanya.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, pihaknya akan terus menyalurkan sebarang bentuk bantuan yang diperlukan oleh Jabatan Penjara.

“Kita telah pergi hampir ke semua penjara di Lembah Klang dan lebih banyak program akan diadakan pada masa akan datang,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: