Korea Selatan sedia peruntukan besar bangun vaksin Covid-19

Korea Selatan akan membelanjakan 197 bilion won (AS$162 juta) untuk menyokong pembangunan vaksin dan ubat-ubatan bagi tujuan rawatan koronavirus (Covid-19)
Korea Selatan akan membelanjakan 197 bilion won (AS$162 juta) untuk menyokong pembangunan vaksin dan ubat-ubatan bagi tujuan rawatan koronavirus (Covid-19)
A
A
A

SEOUL - Korea Selatan akan membelanjakan 197 bilion won (AS$162 juta) untuk menyokong pembangunan vaksin dan ubat-ubatan bagi tujuan rawatan koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Yonhap memetik Kementerian Kesihatan pada Khamis.

Daripada jumlah itu, 57.6 peratus, atau 111.5 bilion won akan digunakan untuk mencari ubat-ubatan dan vaksin.

Firma biofarmaseutikal tempatan seperti Celltrion Inc dan Korea Green Cross Corp masing-masing sedang mengembangkan ubat antibodi dan plasma darah dengan ujian klinikal sebenar ke atas manusia yang bermula sebelum akhir Ogos.

Celltion khususnya bekerjasama dengan rakan Britain untuk menjalankan ujian global.

Kementerian itu berkata, 39.1 bilion won akan digunakan untuk mengembangkan kajian dan infrastruktur pengeluaran dalam negara yang sangat penting bagi menangani wabak semasa dan akan datang.

Sehingga Khamis, Korea Selatan mengesahkan 13,293 kes Covid-19 dan 287 kematian dengan lebih 1.37 juta orang diuji setakat ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: