PM lancar logo sambutan 50 tahun Rukun Negara

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai bacaan lafaz Rukun Negara pada pelancaran sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara di Bangunan Perdana Putra hari ini. Foto: Bernama
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai bacaan lafaz Rukun Negara pada pelancaran sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara di Bangunan Perdana Putra hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan logo sambutan 50 tahun Rukun Negara hari ini.

Dipancarkan di layar skrin dengan animasi 3-Dimensi, logo yang julung kali dicipta itu dilancarkan selepas Perdana Menteri menyampaikan ucapan di majlis pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara di Bangunan Perdana Putra di sini.

Lima jalur simbolik lima prinsip Rukun Negara yang perlu dipatuhi; bulan dan bintang melambangkan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan.

Tengkolok berkerawang bulan dan bintang simbol prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Ia juga melambangkan Prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.

Angka 50 sempena sambutan ulang tahun Rukun Negara dan biru melambangkan amalan perpaduan dalam Kesopanan dan Kesusilaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: