X

Kindly register in order to view this article
!

Legenda Bollywood Jagdeep meninggal dunia

Jagdeep
A
A

NEW DELHI - Legenda komedi filem India Jagdeep, yang mula menempa nama dalam industri hiburan Bollywood selepas membintangi filem 'Sholay' terbitan 1975, meninggal dunia pada usia 81 tahun.

Terkenal sebagai pelakon komedi sepanjang kariernya selama enam dekad, beliau mengalami masalah kesihatan kerana faktor usia dan mengembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di Mumbai pada Rabu petang, lapor media tempatan.

Jagdeep, atau nama sebenarnya Syed Ishtiaq Ahmed Jafri, memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak sebelum membintangi sebanyak 400 filem.

Bintang filem Anil Kapoor menyifatkan Jagdeep 'antara pelakon India' yang hebat.

"Seronok menonton lakonannya. Beliau membawa banyak kegembiraan kepada penonton," tulis pelakon Ajay Devgn dalam Twitternya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus