Empat lelaki ditahan terlibat dengan judi

Antara barang yang dirampas dalam serbuan sekitar Kepala Batas dan Butterworth semalam.
Antara barang yang dirampas dalam serbuan sekitar Kepala Batas dan Butterworth semalam.
A
A
A

KEPALA BATAS - Empat lelaki berusia di antara 37 tahun hingga 52 ditahan selepas dipercayai terlibat kegiatan judi loteri awam haram dan judi dalam talian melalui Ops Dadu di sekitar Kepala Batas dan Butterworth semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu empat premis diperiksa, tiga daripadanya didapati menjalankan kegiatan judi loteri awam haram manakala satu lagi sebagai lokasi kegiatan judi dalam talian.

Beliau memberitahu, polis turut merampas peralatan yang disyaki digunakan untuk menjalankan kegiatan tersebut dan wang tunai berjumlah RM607.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes berkenaan akan disiasat di mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Sek 4(1) (c) akta yang sama berdasarkan kesalahan yang dilakukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau turut menegaskan polis akan sentiasa menjalankan pemantauan bagi membanteras kegiatan judi loteri awam haram dan judi dalam talian.

Katanya orang awam yang mempunyai maklumat juga diharapkan dapat menyalurkannya bagi sama-sama membanteras kegiatan itu.

Artikel Berkaitan: