X

Kindly register in order to view this article
!

Salah guna kuasa: Pengurus kelab bola sepak universiti direman

A
A

SHAH ALAM - Seorang pengurus pasukan kelab bola sepak sebuah universiti awam di Selangor direman tiga hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Ellyana Othman di sini semasa membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Lelaki berumur 42 tahun itu ditahan di pejabat SPRM di sini, semalam.

Suspek yang juga pegawai belia dan sukan di universiti awam itu dipercayai menggunakan jawatannya bagi memilih satu syarikat menjadi ejen pengurusan membawa masuk seorang pemain bola sepak import untuk pasukan tersebut yang mana dia mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus