Ular sawa 45kg terperangkap dalam longkang

Anggota bomba menangkap seekor ular sawa sepanjang tiga meter dengan berat 45kg di Leisure Farm Resort, Gelang Patah malam tadi.
Anggota bomba menangkap seekor ular sawa sepanjang tiga meter dengan berat 45kg di Leisure Farm Resort, Gelang Patah malam tadi.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang pengawal keselamatan terkejut melihat seekor ular sawa berada di dalam sebuah longkang di Leisure Farm Resort, Gelang Patah di sini ketika melakukan rondaan di kawasan tersebut malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 11.44 malam, pengawal keselamatan yang baru memulakan tugas meronda di kawasan perumahan teres dan banglo itu terlihat 'sesuatu' bergerak-gerak.

Pihak pengurusan resort kemudian menghubungi bomba sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri dengan satu jentera Fire Rescue Team (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

Ketua Balai BBP Iskandar Puteri, Penolong Pegawai Bomba Shamsul Khomari Bakar berkata, ular sawa berkenaan terperangkap di dalam longkang yang mempunyai penutup besi di bahagian atasnya.

Semasa ditangkap dengan menggunakan alat penjerut, ular sawa berukuran sepanjang tiga meter dengan berat kira-kira 45 kilogram (kg) itu tidak bertindak agresif.

"Mujurlah cepat ditangkap kerana longkang ini dekat dengan kediaman penduduk.

"Kita syak ular sawa ini datang dari kawasan hutan berhampiran kerana masih banyak hutan yang belum diteroka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya, ular sawa berkenaan kemudian dilepaskan semula ke kawasan hutan jauh dari penempatan penduduk.

Artikel Berkaitan: