Tinggal barang seludup selamatkan diri

PGA Batalion 7 Kuantan merampas pelbagai barangan seludup berupa pakaian wanita di pangkalan haram Pok Wel, Lubok Gong awal pagi tadi.
PGA Batalion 7 Kuantan merampas pelbagai barangan seludup berupa pakaian wanita di pangkalan haram Pok Wel, Lubok Gong awal pagi tadi.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Sekumpulan lelaki bertindak meninggalkan barangan seludup yang sedang dipunggah mereka sejurus menyedari kehadiran anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan di pangkalan haram Pok Wel, Lubok Gong di sini awal pagi tadi.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, dalam serbuan jam 3.30 pagi itu pihaknya merampas pelbagai barangan seludup berupa pakaian wanita berjumlah RM15,535.

"Bertindak atas maklumat sepasukan PGA Batalion 7 telah melakukan serbuan di pengkalan haram Pok Wel dan kelihatan beberapa orang lelaki sedang memunggah barangan dari sungai Golok ke pangkalan haram Pok Wel.

"Menyedari kehadiran anggota PGA, kumpulan lelaki berkenaan bertindak meninggalkan barang-barang tersebut dan melarikan diri ke Thailand," katanya.

PGA Batalion 7 merampas 170 peket minyak masak yang cuba diseludup ke Thailand selepas menahan sebuah van di Bulatan Jalan Parit Air pagi tadi.
PGA Batalion 7 merampas 170 peket minyak masak yang cuba diseludup ke Thailand selepas menahan sebuah van di Bulatan Jalan Parit Air pagi tadi.

Menurutnya, kesemua barang yang dirampas dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.

Katanya, hasil risikan mendapati barang-barang tersebut dipercayai diseludup dari Thailand untuk pasaran tempatan.

Dalam perkembangan lain, Azhari berkata, serbuan kedua dilakukan pada jam 2 pagi dan PGA Batalion 7 merampas 170 peket minyak masak yang cuba diseludup ke Thailand selepas menahan sebuah van yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Bulatan Jalan Parit Air di sini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, dalam serbuan itu dua lelaki warga Thailand yang dipercayai penyeludup turut dicekup bagi membantu siasatan.