DBKL sita peralatan ‘cop parkir’

Kon dan ‘water barrier’ antara yang disita di sekitar Taman Desa Setapak, Wangsa Maju.
Kon dan ‘water barrier’ antara yang disita di sekitar Taman Desa Setapak, Wangsa Maju.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kon, tayar kenderaan, botol terpakai dan ‘water barrier’ antara yang disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika Operasi Sitaan Halangan dilaksanakan di sekitar Taman Desa Setapak, Wangsa Maju semalam.

Unit Media DBKL memaklumkan, kesemua barangan itu digunakan sebagai halangan oleh segelintir pemilik kereta dengan niat menguasai atau memonopoli petak parkir.

“DBKL mengambil tindakan susulan aduan daripada orang awam dan penduduk di Taman Desa Setapak, Wangsa Maju kepada Pejabat Cawangan DBKL Wangsa Maju mengenai perbuatan ‘cop parkir'.

DBKL mengambil tindakan susulan aduan daripada orang awam dan penduduk di Taman Desa Setapak, Wangsa Maju.
DBKL mengambil tindakan susulan aduan daripada orang awam dan penduduk di Taman Desa Setapak, Wangsa Maju.

“Kesemua halangan yang disita itu dibuang ke Pusat Pelupusan Sampah di Kepong, Kuala Lumpur,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu DBKL memaklumkan, orang ramai boleh menyalurkan aduan mengenai perbuatan monopoli tempat letak kereta kepada Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1800883255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL.

Artikel Berkaitan: