X

Kindly register in order to view this article
!

Kes tular gaduh: Polis minta pihak kedua tampil bantu siasatan

Pergaduhan yang tular antara dua penunggang motosikal di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur semalam. Gambar kecil:Rajab Ahad Ismail
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menggesa pihak kedua yang terlibat dalam kejadian pergaduhan antara dua penunggang motosikal di Jalan Padang Tembak di sini semalam untuk tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Rajab Ahad Ismail berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 pagi dan telah tular di media sosial.

"Melalui rakaman berdurasi satu minit 35 saat yang tular itu, seorang penunggang motosikal didapati hampir berlanggar dengan sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.

"Kejadian tersebut telah menyebabkan pergaduhan mulut antara kedua-dua pihak hingga terjadinya tolak-menolak antara satu sama lain sebelum anak serta isteri salah seorang mereka terjatuh.

"Orang awam yang berada di tempat kejadian telah bertindak meleraikan pergaduhan tersebut sebelum kedua-dua penunggang motosikal berkenaan beredar," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Rajab berkata, sehingga kini hanya satu pihak saja yang tampil membuat laporan polis tentang kejadian tersebut.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan pihaknya menyeru agar pihak kedua yang terlibat untuk segera tampil bagi membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini diminta untuk menyalurkannya dengan cara menghubungi Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Katanya, dalam situasi ini pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan sikap bersopan dan berhemah semasa memandu untuk memastikan keselamatan diri sendiri, keluarga dan pengguna jalan raya yang lain.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf