Pemandu lawan arus di Klang ditahan

Sebuah kereta jenis Kia Cerato dipandu secara melawan arus di Klang Isnin lalu. (Gambar kecil: Nurulhuda Mohd Salleh )
Sebuah kereta jenis Kia Cerato dipandu secara melawan arus di Klang Isnin lalu. (Gambar kecil: Nurulhuda Mohd Salleh )
A
A
A

KLANG - Polis menahan seorang lelaki kerana memandu kereta secara melawan arus dari Jalan Meru, Batu 5 berhadapan sebuah restoran makanan segera di Klang Sentral di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang semalam di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor oleh sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Utara.

"Polis telah merampas sebuah kereta jenis Kia Cerato yang digunakan lelaki terbabit dalam kejadian itu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit kini telah direman selama satu hari untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, kejadian kira-kira jam 10.50 malam Isnin lalu itu telah tular di media sosial Facebook satu video berdurasi satu minit 30 saat menunjukkan sebuah kereta berwarna putih dipandu secara melawan arus.

Artikel Berkaitan: