27 gerabak LRT diganti berperingkat

Tajuddin ketika mengadakan lawatan ke fasiliti Hartasuma untuk meninjau kerja-kerja fasa akhir pemasangan set tren di Kilang pengeluaran Hartasuma, Pulau Indah di sini hari ini.
Tajuddin ketika mengadakan lawatan ke fasiliti Hartasuma untuk meninjau kerja-kerja fasa akhir pemasangan set tren di Kilang pengeluaran Hartasuma, Pulau Indah di sini hari ini.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Pengguna LRT Kelana Jaya bakal menikmati perjalanan yang lebih selesa selepas 27 set tren baharu empat gerabak Bombardier Innovia Metro 300 yang akan diganti secara berperingkat mulai bulan depan.

Pengerusi Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, gerabak berkenaan dibekalkan oleh syarikat Bombardier Hartasuma Consortium (BHC) kepada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Beliau berkata, pihaknya turut menambah baik kemudahan itu termasuk dilengkapi dengan sistem baru digital route map display yang telah diintegrasikan dengan sistem pintu.

"Kita turut menambah baik sistem Train Management System (TMS) dan menyediakan status bagi Sistem Informasi Penumpang di setiap gerabak serta penambahbaikan selain beberapa penambah baikan untuk keselesaan penggunaan," katanya.

Tajuddin ketika tinjauan dan lawatan di Kilang pengeluaran Hartasuma, Pulau Indah di sini hari ini.
Tajuddin ketika tinjauan dan lawatan di Kilang pengeluaran Hartasuma, Pulau Indah di sini hari ini.

Terdahulu, Tajuddin meninjau kerja-kerja akhir fasiliti Hartasuma untuk penghantaran ke Depoh LRT Laluan Kelana Jaya di Subang bulan.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi) Prasarana, Encik Muhammad Nizam Alias serta Pengarah Urusan Hartasuma, Datuk Dr Abdul Rahman Abdul Halim dan Ketua Pegawai Teknikal Hartasuma, Datuk Muhammad Isom Azis.

Menurutnya, sebelum penularan wabak Covid-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lepas, purata jumlah penumpang harian untuk LRT Laluan Kelana Jaya seramai 319,241 penumpang.

Artikel Berkaitan:

"Melalui unjuran peningkatan jumlah penumpang LRT Laluan Kelana Jaya antara tujuh hingga sembilan peratus setahun mulai 2021, penambahan set tren itu juga bertujuan memastikan kekerapan tren pada tahap yang optimum," katanya.