Aksi berdepan Espanyol sukar, kata Suarez

Suarez menjaringkan gol tunggal perlawanan. - foto : gettyimages
Suarez menjaringkan gol tunggal perlawanan. - foto : gettyimages
A
A
A

Penyerang Barcelona, Luis Suarez menyifatkan aksi berdepan Espanyol di Nou Camp kelmarin sebagai salah satu perlawanan sukar buat skuad The Catalan itu musim ini.

Suarez berkata, selain kesebelasan Espanyol dilihat cukup bersemangat di sepanjang perlawanan, mereka (Barcelona) juga terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada separuh masa kedua apabila Ansu Fati diperintahkan keluar padang.

Menurutnya, biarpun tidak lama selepas itu giliran pemain Espanyol, Pol Lozano pula dibuang padang, namun pelawat dilihat masih mampu mengatur asakan ke gawang tuan rumah.

“Kami tahu ia (perlawanan) akan menjadi sukar kerana kami telah berikan (aksi) terlalu banyak ketika berdepan Villareal, Ahad lalu.

“Selain itu, pada perlawanan ini, Espanyol telah meletakkan lima pemain pertahanan dia ia cukup menyukarkan pergerakan kami.

“Mereka bermain dengan bagus dan memang agak sukar untuk kami memecahkan benteng mereka.

“Bagaimanapun, kami berjaya mencari peluang pada separuh masa kedua dan kemudiannya menjaring gol,” katanya.

Untuk rekod, jaringan tunggal Suarez pada perlawanan berkenaan turut menyaksikan Espanyol yang berada zon penyingkiran secara rasmi tersingkir daripada saingan La Liga dan bakal beraksi dalam saingan Divisyen Segunda.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Barca kini hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu La Liga, Real Madrid dengan memiliki kelebihan satu perlawanan.

Sementara itu Suarez berkata, dia turut memberikan fokus untuk membantu Barcelona memenangi baki tiga perlawanan musim ini.

“Selain memenangi ketiga-tiga perlawanan, kita juga mengharapkan agar pencabar kita yang kini berada di puncak La Liga, Real Madrid keciciran mata,” katanya.