X

Kindly register in order to view this article
!

Datuk disyaki culik, bunuh ahli perniagaan didakwa hari ini

A
A

KUALA LUMPUR - Enam suspek termasuk seorang lelaki bergelar Datuk dan warga Bangladesh yang disyaki terbabit dalam kes culik dan bunuh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri, akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pertuduhan terhadap enam lelaki itu akan dibuat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

“Sejumlah 11 tangkapan telah dibuat bagi siasatan berhubung kes ini dan Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan arahan untuk pertuduhan dibuat terhadap enam suspek berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan mayat seorang ahli perniagaan berusia 55 tahun ditemukan di kawasan belukar Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya pada 27 Jun lepas, selepas 18 hari diculik.

Mangsa yang juga seorang pemaju hartanah dipercayai diculik, ketika bersenam di kawasan taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada 10.30 pagi, 10 Jun lepas.

Siasatan polis mendapati seorang daripada suspek telah membuat panggilan dan meminta wang tebusan S$50 juta daripada keluarga mangsa namun tiada pembayaran dibuat.

Pada 2 Julai lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed dilaporkan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan motif kes berkenaan disebabkan masalah hutang dan perniagaan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Seri diculik ditemukan mati dalam belukar

Masalah hutang dipercayai punca Datuk Seri dibunuh


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!