Premis perniagaan digempur, PATI dicekup

Imigresen menahan enam PATI warganegara India dalam operasi di premis perniagaan sekitar Banting, Selangor, kelmarin.
Imigresen menahan enam PATI warganegara India dalam operasi di premis perniagaan sekitar Banting, Selangor, kelmarin.
A
A
A

BANTING - Cubaan beberapa orang pendatang asing tanpa izin (PATI) melarikan diri daripada anggota Jabatan Imigresen gagal apabila dicekup dalam serbuan di sini kelmarin.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, enam PATI lelaki warganegara India berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun ditahan selepas pemeriksaan 10 warga asing di kawasan premis perniagaan itu.

Katanya, semakan mendapati PATI terbabit tinggal lebih masa dan tidak memiliki pas atau permit yang sah.

"Kesemua tangkapan direman 14 hari untuk disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(c) Akta yang sama serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan majikan atau pelindung kepada PATI terbabit untuk tindakan undang-undang.

Mohd Shukri memberitahu, operasi membabitkan 17 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Selangor.

"Semua pegawai dan anggota operasi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) keselamatan yg ditetapkan bagimengelak jangkitan virus Covid-19. Kesemua PATI yang ditahan juga telah menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum di tempatkan di depot tahanan," katanya.

Artikel Berkaitan: