Kumpulan WhatsApp memudah atau bebankan cikgu

Lead 7
Lead 7
A
A
A

SHAH ALAM - Niat asalnya untuk memudahkan komunikasi ibu bapa dengan guru, namun sebaliknya berlaku apabila dilihat persoalan yang tidak sepatutnya turut dibangkitkan dalam kumpulan WhatsApp itu.

Hal ini sedikit sebanyak menjadi beban kepada guru kerana terpaksa melayan karenah ibu bapa sepanjang masa.

Ini kerana sudahlah penat mendidik di dalam kelas, guru pula terpaksa menjadi admin (pentadbir kumpulan WhatsApp) melayani pelbagai pertanyaan, kerenah ibu bapa yang bertanyakan itu dan ini di waktu dan luar waktu persekolahan.

Ini dibuktikan dengan tularnya soalan-soalan remeh yang ditanyakan oleh ibu-bapa dalam grup WhatsApp hinggakan pasal pilihan baju anak pun ditanya berkali-kali meskipun telah diberitahu oleh guru kepada anak murid .

Antaranya soalan remeh yang ditanya adalah mengenai jadual waktu sekolah, buku apa yang perlu dibawa oleh anak mereka dan pelbagai lagi.

Hari ini di media sosial tular perbualan WhatsApp antara guru dan ibu bapa yang mengambarkan perkara itu, hingga mendapat simpati daripada netizen.

Antaranya melibatkan guru yang bernama Napisah dengan ibu murid yang bernama Madinah.

"Cikgu Napisah ini ibu Madihah nak tanya dengan Cikgu Napisah, baju putih anak saya tidak boleh pakai cikgu, anak saya pakai baju warna ungu boleh tak cikgu," petik perkongsian itu.

Artikel Berkaitan:

Dijawab Cikgu Napisah," Hari ini memang kena pakai baju sukan, warna ungu,".

Dalam perkara ini, di fahamkan ada diantara pihak pentadbir sekolah mewajibkan setiap guru kelas mewujudkan kumpulan WhatsApp masing-masing.

Jika ia diwujudkan di seluruh negara, terdapat sekurang-kurangnya 281,218 kumpulan WhatsApp kelolaan cikgu kelas dengan mengambil kira dua pertiga daripada jumlah keseluruhan guru di seluruh negara iaitu seramai 421,828 orang.