X

Kindly register in order to view this article
!

Dibuang kerja gara-gara batuk depan muka bayi

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan wanita itu dengan sengaja batuk di hadapan muka seorang bayi di sebuah kedai minuman di California, Amerika Syarikat.
A
A

SACRAMENTO - Seorang wanita dipecat gara-gara dengan sengaja batuk di hadapan muka seorang bayi di California, Amerika Syarikat.

Kejadian tersebut berlaku pada 12 Jun lalu, apabila wanita berusia lingkungan 60-an itu sedang beratur di hadapan seorang pelanggan wanita bersama bayinya untuk membeli minuman.

Menurut laporan polis, wanita itu berang apabila ibu kepada bayi berkenaan tidak menjaga jarak sosial dengan betul sebelum dia bertindak membuka topeng mukanya dan batuk beberapa kali di hadapan muka bayi tersebut.

Kata polis, siasatan sedang dijalankan dan nama wanita itu tidak akan didedahkan selagi surat perintah penangkapan mereka belum dikeluarkan.

Terdahulu, sebuah rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan tindakan wanita itu menjadi tular di laman sosial.

Sekolah Daerah Oak Grove di San Jose baru-baru ini mengumumkan wanita tersebut yang identitinya tidak didedahkan, bukan lagi merupakan kakitangan sekolah itu.

"Pihak kami mahu memaklumkan bahawa kami amat menitik beratkan keselamatan pelajar dan kanak-kanak di daerah ini.

Kami tidak akan bertoleransi dengan mana-mana kakitangan yang berkompromi dalam keselamatan kanak-kanak," katanya.- Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf