Si bulus terperangkap dalam enjin kereta

Kucing jantan yang terperangkap di bahagian enjin kereta diselamatkan anggota APM.
Kucing jantan yang terperangkap di bahagian enjin kereta diselamatkan anggota APM.
A
A
A

KUALA KRAI - Kucing jantan kesayangan seorang warga emas diselamatkan selepas terperangkap di bahagian enjin kereta dalam kejadian di Kampung Telekong di sini hari ini.

Kejadian jam 11.25 pagi itu berlaku ketika pemilik haiwan yang berusia 67 tahun itu berhenti seketika di lokasi tersebut untuk membeli barang.

Kucing yang kemudiannya turun mengikut tuannya untuk membeli barang itu masuk ke dalam bahagian enjin kereta dipercayai akibat takut dengan bunyi kenderaan lalu-lalang di kawasan berkenaan yang juga jalan utama.

Bagaimanapun, kecekapan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Krai berjaya menyelamatkan kucing tersebut.

Pegawai APM Daerah Kuala Krai, Kapten (PA) Mohd Hanif Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.27 pagi.

"Seorang pegawai dan dua anggota ke lokasi kejadian dan kita ambil masa selama lima minit untuk mengeluarkan kucing itu," katanya.

Menurutnya, sejurus berjaya dikeluarkan anggota APM Kuala Krai menyerahkan kucing itu kepada pemiliknya.

Artikel Berkaitan: