Skuad boling berlatih penuh esok

Maradona Chok
Maradona Chok
A
A
A

PASUKAN pemain boling kebangsaan akan memulakan latihan penuh bermula esok di Sunway Mega Lanes, selepas ujian saringan koronavirus (Covid-19) dilakukan didapati negatif.

Setiausaha Agung Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), Maradona Chok mengesahkan keputusan ujian wajib itu bagi semua atlet dan jurulatih yang diadakan di Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil, Isnin.

"Semua atlet dan jurulatih didapati negatif, jadi latihan penuh akan disambung esok buat semua skuad.

"Skuad elit akan berlatih pada sebelah pagi, manakala skuad sokongan dan remaja kebangsaan akan berlatih pada sebelah petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini hanya skuad elit menyambung latihan sejak 15 Jun lalu di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Bernama

Artikel Berkaitan: