Skuad khas pantau kelakuan tak bermoral di drawbridge

Skuad khas Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu memantau kelakuan tidak bermoral di sekitar jambatan angkat (drawbridge).
Skuad khas Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu memantau kelakuan tidak bermoral di sekitar jambatan angkat (drawbridge).
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Skuad khas Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu memantau kelakuan tidak bermoral di sekitar jambatan angkat (drawbridge).

Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Shukri Faiz Jusoh berkata, langkah itu diambil ekoran wujud dakwaan berlakunya aktiviti tidak bermoral di kawasan tersebut.

"Pihak kami menerima aduan daripada orang ramai mengenai kelakuan tidak bermoral di kawasan itu ekoran penemuan beberapa kondom di sekitar tapak pembinaan bangunan baharu Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) dan tempat parkir kereta sekitar drawbridge.

"Pemantauan lokasi berkenaan akan dilakukan oleh ketua unit bersama enam anggota Pegawai Penguatkuasa Syariah Daerah Kuala Terengganu," katanya.

Sementara itu, katanya, pihaknya tidak mengesan sebarang kes kesalahan jenayah syariah sepanjang rondaan bermula jam 10 malam sehingga 6 pagi di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu baru-baru ini.

"Rondaan ini akan terus dijalankan dari masa ke masa bagi memastikan rakyat Terengganu tidak melakukan aktiviti yang tidak bermoral.

"Tinjauan dilakukan di beberapa lokasi berbeza setiap hari,"katanya.

Artikel Berkaitan: