Gegantung berunsur politik diconteng antara diturunkan DBKL

Gegantung politik diconteng antara yang diturunkan DBKL dalam operasi dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan Premis, Jabatan Penguatkuasaan DBKL kelmarin.
Gegantung politik diconteng antara yang diturunkan DBKL dalam operasi dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan Premis, Jabatan Penguatkuasaan DBKL kelmarin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gegantung berunsur politik yang disembur dengan cat hitam antara 300 poster yang diturunkan Dewan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan Premis, Jabatan Penguatkuasaan DBKL kelmarin.

Unit Media DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menjalankan operasi menurunkan poster dan gegantung tanpa kebenaran di sekitar Jalan Gombak dan Jalan Pahang. Menurut kenyataan itu, tindakan diambil hasil pemantauan DBKL dan aduan daripada orang awam.

“Tindakan penurunan iklan tanpa kebenaran turut dilaksanakan di Jalan Usahawan dan di Taman Usahawan.Antara yang diturunkan adalah gegantung (politik) yang telah diconteng di Jalan Pahang.“Semua tindakan diambil di bawah UUK IKLAN (WPKL) 1982,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, DBKL meminta orang ramai yang mempunyai aduan mengenai iklan tanpa kebenaran menghubungi Pusat Panggilan Setempat DBKL ditalian 180088 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran.

Sementara itu, dalam operasi berasingan, DBKL mengeluarkan 17 kompaun kepada peniaga yang didapati melakukan pelbagai kesalahan ketika Operasi Penguatkuasaan Anti Litter di sekitar Taman Maluri, Cheras semalam.

Menurut kenyataan itu, operasi berkenaan dilaksanakan Bahagian Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL bermula dari jam 5 petang dan berakhir pada jam 12 tengah malam.

Sembilan kompaun dikeluarkan di bawah Seksyen 46(1)(d) kerana kesalahan meletakkan barang-barang berhubung dengan tred perniagaan di tempat awam.

"Enam kompaun dikeluarkan di bawah Seksyen 47(1)(a) kerana kesalahan meletakkan dan membuang habuk, kertas, abu, bangkai, sampah kotak, tong karung dan lain - lain sampah sarap di tempat awam.

Artikel Berkaitan:

"Sebanyak dua kompaun lagi dikeluarkan di bawah Seksyen 47(1)(d) kerana membuang, menumpah, menempat darah, buangan cecair kotoran ke tempat awam dan melarut masuk ke tempat awam," menurut kenyataan itu lagi.