SWCorp Pahang tahan kenderaan buang sisa durian secara haram

Lori yang berjaya ditangkap ketika sedang membuang sampah secara haram.
Lori yang berjaya ditangkap ketika sedang membuang sampah secara haram.
A
A
A

KUANTAN – Tiga lori dan dua pacuan empat roda ditahan dalam satu operasi sampah haram di jalan lama Bentong – Raub oleh Penguat kuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam ( SWCorp) Pahang.

Pengarahnya Sharudin Ab Hamid berkata, operasi dikendalikan SWCorp Bentong itu berikutan aduan yang diterima daripada orang awam mengenai pembuangan sisa kulit durian di kawasan terbabit.

Menurutnya, dalam operasi yang dijalankan hampir lima jam di kawasan berkenaan, lima kes tangkapan berjaya dibuat yang melibatkan tiga buah lori dan dua buah Hilux

"Kelima-lima kes terbabit akan didakwa di bawah Sek. 71 (1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) kerana telah membuang sisa pepejal terkawal di tempat yang tidak dibenarkan.

"Siasatan lanjut akan dijalankan bagi membolehkan tindakan mahkamah dikenakan kepada pelaku terlibat. Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 ringgit dan tidak melebihi RM100,000 atau boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Justeru, beliau meminta peniaga-peniaga durian jangan terlalu fikirkan keuntungan sehingga mengabaikan aspek kebersihan dengan melupuskan sisa perniagaan dengan cara yang salah dan mengingkari undang-undang.

Artikel Berkaitan: