Besi pengadang reput sudah diganti DBKL

Hannah (kanan) turun padang bagi melihat pemasangan pengadang besi yang selesai dipasang di bawah peruntukan DBKL hari ini.
Hannah (kanan) turun padang bagi melihat pemasangan pengadang besi yang selesai dipasang di bawah peruntukan DBKL hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penduduk lega besi pengadang sungai yang rosak di Kampung Sungai Penchala di sini telah digantikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini.

Seorang penduduk, Rosman Abdullah Momin, 65 berkata, sebelum ini penduduk bimbang dengan keselamatan anak-anak kecil yang mungkin terjatuh ke dalam sungai sedalam hampir lima meter yang terletak di belakang rumahnya.

Menurutnya, meskipun tahu risiko tersebut namun kawasan itu masih menjadi tempat bermain anak-anak kampung disebabkan ketiadaan kawasan riadah.

"Nak ditegah tak boleh sebab hanya di situ kawasan lapang yang boleh dijadikan tempat untuk mereka bermain.

"Apa yang boleh dilakukan, hanyalah memantau dan menegur bila perlu, " katanya ketika ditemui sewaktu lawatan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh ke lokasi hari ini.

Sementara itu, Hannah memaklumkan, penduduk membawa isu itu kepadanya sewaktu beliau turun padang ke kampung itu bulan lalu.

"Saya kemudian membuat permohonan dengan DBKL untuk penggantian palang sejauh 300 meter tersebut dan diluluskan melalui peruntukan RM12,000. Naik taraf itu siap akhir bulan lalu dan secara tidak langsung menyelesaikan kebimbangan penduduk.

"Walaupun belum berlaku kejadian tidak diingini namun mencegah itu lebih baik. Saya difahamkan paras sungai boleh mencecah hingga empat meter jika hujan lebat. Jadi kita tak mahu membahayakan penduduk menyebabkan penggantian pagar itu satu keperluan," katanya.

Artikel Berkaitan: