Kedah aktifkan semula Tabung Tengku Mahmud

Muhammad Sanusi ( tengah) ketika sidang media di sini hari ini.
Muhammad Sanusi ( tengah) ketika sidang media di sini hari ini.
A
A
A

PENDANG - Kerajaan Negeri Kedah bersetuju untuk mengaktifkan semula Tabung Tengku Mahmud yang sebelum ini ditubuhkan pada era pemerintahan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tabung berkenaan yang dilancarkan di Hotel Istana Kuala Lumpur itu mempunyai baki terakhir sebanyak RM646,000 dengan status tidak aktif.

Katanya, sejak dilancarkan pada Mei 2008 tabung berkenaan pernah mempunyai dana sebanyak RM10 juta.

"Jadi kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengaktifkan semula pelan kutipan dan sumbangan-sumbangan melalui tabung ini yang mempunyai tujuh asas aktiviti yang membawa kepada penubuhannya pada tahun 2008," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Pejabat Daerah Pendang di sini hari ini.

Menurutnya,tabung tersebut terbuka membantu rakyat negeri Kedah sama ada Islam atau bukan Islam terutama dalam bidang pendidikan dan kebajikan.

” Insya-ALLAH selepas ini banyaklah saluran-saluran kebajikan yang dapat dilaksanakan kepada rakyat negeri Kedah melalui tabung berkenaan,” katanya.

Artikel Berkaitan: