Buat sesuatu tak pernah dibuat: Azharina Azhar

Azharina Azhar
Azharina Azhar
A
A
A

PENYANYI Azharina Azhar akan mengadakan konsert pertamanya sejak 18 tahun bergelumang dalam dunia seni tempatan. Sebelum ini penyanyi ini pernah mengadakan konsert di luar negara, namun di dalam negara sendiri, ini merupakan kali yang pertama.

No Image Caption

Oleh itu, jelas Azharina, walaupun sudah banyak kali mengadakan persembahan pentas namun Concert Azharina - Queen of Soul yang bakal diadakan pada 29 Jun akan datang memberi lebih tekanan kepadanya.

"Walaupun sudah banyak kali mengadakan persembahan namun saya masih tetap berasa tekanan dan agak risau dengan sambutan. Maklumlah ekonomi tidak berapa baik sekarang.

"Namun saya amat terharu kerana dimaklumkan 200 tiket sudah ada pembeli. Ada lagi 700 tiket untuk dijual sehingga ke bulan Jun ini. Saya yakin boleh, insya-ALLAH. Jadi saya ingin ucapkan terima kasih kepada peminat dan penganjur kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk terus berkarya.

"Atas kepercayaan tersebut, 2 jam dalam sebuah konsert yang besar memerlukan pengorbanan dan persediaan yang cukup rapi, dan itulah yang akan saya lakukan demi untuk buat yang terbaik bagi peminat," jelas Azharina.

No Image Caption

Menurut penyanyi bersuara emas ini lagi, oleh kerana pada tahun ini begitu ramai artis yang mengadakan konsert, oleh itu, bagi Concert Azharina - Queen of Soul, akan disuntik kelainan.

Artikel Berkaitan:

"Saya nak buat sesuatu yang tak pernah dibuat. Apa itu kena tunggu pada hari konsert nanti. Namun apa yang dirancang antaranya, akan ada beberapa artis untuk segmen duet, ada artis jemputan dari luar negara, ada koir dan saya bakal menyanyi sambil diiringi oleh orkestra.

"Bukan mudah tapi saya suka mencabar kredibiliti saya," ujarnya yang bakal menyampaikan lebih 15 buah lagu pada malam konsert tersebut.

Menariknya juga, konsert ini akan membawa mesej anti dadah di sepanjang kempen promosi.

"Antara masalah terbesar adalah najis dadah. Jadi sambil menghiburkan saya mahu ada mesej yang disampaikan," katanya lagi yang kelihatan semakin menawan.

Concert Azharina - Queen of Soul ini akan berlangsung di Teater Shah Alam pada 8.30 malam. Harga tiket adalah RM108, RM158, RM188 dan RM288. Informasi tiket boleh dilayari di www.atlasoneevents.com