Mayat PATI wanita jatuh laut ditemukan

Operasi mencari dan menyelamat PATI yang jatuh ke laut dilakukan APMM di perairan Tanjung Piai, Pontian.
Operasi mencari dan menyelamat PATI yang jatuh ke laut dilakukan APMM di perairan Tanjung Piai, Pontian.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Mayat seorang daripada tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang dipercayai jatuh ke laut selepas bot dinaiki mereka terbalik ketika cuba meloloskan diri di perairan Tanjung Piai kelmarin ditemukan tengah semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Polis Pengawal Pantai Singapura mengenai penemuan mayat seorang wanita berhampiran Pelabuhan Tuas pada jam 12 tengah hari semalam.

Menurutnya, mayat terbabit telah dibawa ke pelabuhan dan pengurusan mayat akan dilakukan dengan kerjasama kedutaan Indonesia di Singapura.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan bot membawa tiga PATI warga Indonesia terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki terbalik ketika cuba meloloskan diri daripada penguat kuasa APMM awal pagi kelmarin.

Bot tersebut hilang kawalan lalu terbalik pada posisi 4.3 batu nautika tenggara Tanjung Piai.

Aminuddin berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan sebuah kapal dan empat bot daripada APMM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Katanya, keluasan sektor pencarian meliputi 40 batu nautika persegi di sekitar perairan Tanjung Piai dan Tanjung Bin, Kukup.

"Maklumat pencarian juga disalurkan kepada komuniti maritim terutamanya kapal-kapal dagang yang berada serta melalui kawasan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Ia juga disalurkan kepada agensi penguat kuasa negara-negara jiran seperti Badan SAR Nasional Indonesia (Basarnas) dan Maritime and Port Authority of Singapore (MPA-Singapore)," katanya.