Cradle Fund: Allahyarham Nazrin terima gangguan pelik

Edree (kanan) ketika keluar dari Mahkamah selepas memberi keteranganya di Mahkamah Tinggi hari ini.
Edree (kanan) ketika keluar dari Mahkamah selepas memberi keteranganya di Mahkamah Tinggi hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemandu kepada Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, bahawa majikannya itu menerima gangguan termasuk beberapa kejadian pelik.

Ahmad Edree Abdul Rashid yang juga saksi pendakwaan ke-25 perbicaraan kes pembunuhan Nazrin memberi keterangan bahawa Allahyarham menjumpai sesuatu yang pelik dalam kereta miliknya termasuk kayu gaharu dan garam yang disedari oleh isteri majikannya itu, Samirah Muzaffar kira-kira Oktober beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun. saksi tersebut menafikan soalan cadangan peguam bahawa majikannya itu menganggap perbuatan tersebut dilakukan bekas isteri Nazrin yang dikenali sebagai Eza.

Menurut saksi itu, dia tidak mengetahui dari mana datangnya dua barangan tersebut dan percaya mungkin ada orang lain meletakkannya tetapi dia tidak mengetahui siapa melakukannya.

Demikian kata saksi ketika pemeriksaan balas peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam perbicaraan di hadapan Hakim, Datuk Ab Karim Ab Rahman hari ini.

Muhammad Shafee: Soalan saya senang. Benar atau tidak melalui mulut arwah kejadian itu mungkin angkara bekas isteri pertama Nazrin iaitu Eza?

Ahmad Edree: Saya tidak pasti

Muhammad Shafee: Adakah mungkin Nazrin mengesyaki Eza?

Artikel Berkaitan:

Ahmad Edree: Sangkaan ini tidak betul, kerana saya yang memandu dan ke rumah Eza mengambil anak Allahyarham Nazrin bersama bekas isterinya itu dan hantar anaknya dikenali sebagai Juan ke Hospital Damansara Specialist. Ini kerana anaknya itu mengalami luka di kepala dan kemudian saya hantar ketiga tiga mereka ke hospital. Jadi tiada masa untuk Eza letakkan kayu gaharu dan garam bawah tempat duduk.

Muhammad Shafee: Masa hantar ke hospital, sebelah ada siapa?

Ahmad Edree: Sebelah saya kosong. Belakang saya Eza dan Nazrin kiri pangku anak dan Eza ada dalam kereta sepanjang jalan sehingga ke rumahnya. Jadi Eza tiada peluang letak barangan itu.

Muhammad Shafee: Macam mana Encik Edree pasti, dia tak ada peluang? Bukan ada mata belakang mungkin la nampak. Encik Edry tidak boleh beri keterangan seperti ini kerana dia ada peluang sama ada betul atau tidak tapi ada peluang.

Ahmad Edree: Saya tidak pasti

Muhammad Shafee: Kenapa Encik Edry sungguh-sungguh beri keterangan pertahankan Ezah adakah kenal dia lebih rapat?

Ahmad Edree: Tidak

Perbicaraan bersambung esok