X

Kindly register in order to view this article
!

Rumah jadi stor barangan jenama tiruan dari China diserbu

Antara beg berjenama disyaki tiruan yang ditemui ketika serbuan itu.
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu sebuah premis kediaman yang disyaki menjadi stor penyimpanan barangan jenama tiruan.

Difahamkan, serbuan yang dilakukan menerusi Ops Tiru itu dilaksanakan berdasarkan maklumat aduan daripada pemilik cap dagangan.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihaknya menemukan 52 unit barangan berjenama antaranya seperti beg, dompet, jam tangan, kasut dan tali pinggang disyaki tiruan.

52 unit barangan berjenama antaranya seperti beg, dompet, jam tangan, kasut dan tali pinggang disyaki tiruan.

"Semasa serbuan dilakukan, premis terlibat didapati berkunci dan kemungkinan tiada penghuni.

"Namun selepas siasatan awal dilakukan pemilik premis berusia lingkungan 30-an hadir dan memberikan kerjasama malah dia turut ditahan untuk direkodkan keterangan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

KPDNHEP menjalankan siasatan di premis kediaman yang disyaki menjadi stor simpanan barangan berjenama disyaki tiruan.
KPDNHEP menjalankan siasatan di premis kediaman yang disyaki menjadi stor simpanan barangan berjenama disyaki tiruan.

Dalam pada itu, Muhamad Zikril berkata, nilai rampasan semua barangan berkenaan dianggarkan berjumlah RM16,800.

Menurutnya, hasil maklumat awal mendapati semua barangan itu dipercayai dibawa dari China dan dipasarkan dalam negara secara dalam talian melalui laman sosial Instagram.

"Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Akta Cap Dagangan 2019," katanya.

Tambah Zikril, pihaknya juga memberikan amaran kepada mana-mana peniaga agar tidak menjalankan urus niaga melibatkan barangan tiruan bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan undang-undang.

"Kita menjalinkan kerjasama dengan pemilik-pemilik cap dagangan supaya aktiviti penjualan barangan tiruan ini dapat dibanteras," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus