Liverpool enggan berbelanja besar musim panas ini

Klopp - Foto Getty Images
Klopp - Foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp berkeras enggan berbelanja besar musim panas ini biarpun beberapa pasukan berbuat demikian dalam usaha memperkuatkan pasukan masing-masing.

Klopp berkata, skuad The Reds itu tidak akan berbelanja sewenang-wenangnya berikutan kedudukan kewangan pasukan yang agak terkesan akibat pandemik Covid-19, sebelum ini.

Justeru menurutnya, skuad kendaliannya itu tidak boleh membelanjakan jutaan wang pada musim jendela perpindahan kelak demi menjaga kedudukan kewangan pasukan.

"Kita tidak akan tertekan untuk berbelanja jutaan wang musim panas ini di sebalik eksploitasi pasukan-pasukan lain pada jendela perpindahan pemain.

"Saya tegaskan bahawa kita akan kekal dengan pemain-pemain sedia ada dan berbelanja dengan penuh berhemah pada musim perpindahan pemain akan datang," katanya.

Kenyataan Klopp itu sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penyokong The Reds, yang bimbang pasukan berkenaan akan berdepan kesukaran kelak untuk bersaing dengan pasukan-pasukan lain selepas ini.

Ini ditambah dengan kejayaan Liverpool menamatkan penantian selama 30 tahun untuk muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL) selain dominasi yang ditunjukkan musim ini.

Untuk rekod, Chelsea bakal berbelanja sebanyak RM480 juta bagi membawa masuk Timo Werner dari RB Leipzeg, Hakim Ziyech (Ajax Amsterdam), Kai Havertz (Bayer Leverkusen) dan pertahanan Leicester City, Ben Chilwell.

Artikel Berkaitan:

Manchester City turut dikatakan mahu membawa masuk pertahanan kental Napoli, Kalidou Koulibalby dan pemain Inter Milan, Milan Skriniar manakala Manchester United turut dikhabarkan mahu membawa masuk bintang Borussia Dortmund Jadon Sancho dan pemain Aston Villa Jack Grealish.

Sementara itu Klopp berkata, ketika ini bukan masa yang sesuai untuk bercakap mengenai perpindahan pemain pada ketika ini biarpun pasukan lain sedang sibuk berbuat demikian.

"Tahun ini adalah tahun yang sukar buat semua pasukan bola sepak (pandemik Covid-19), tetapi semua orang asyik sibuk bercakap mengenai perpindahan seolah-olah 'kesukaran' itu tidak pernah berlaku.

"Sebab itulah katanya, skuad The Reds itu, tidak menjadikan isu-isu perpindahan serta spekulasi-spekulasi sedemikian sebagai agenda utama kelab ini," katanya.