X

Kindly register in order to view this article
!

Arteta pertikai kad merah kepada pemain muda Arsenal

Nketiah dilayangkan kad kuning pada awalnya sebelum pengadil melayangkan kad merah setelah menyaksikan VAR. - Foto : Dailymail
A
A

PENGENDALI Arsenal Mikel Arteta mengakui dia tidak faham dengan undang-undang yang digunakan pengadil ketika melayangkan kad merah kepada pemain muda The Gunners Eddie Nketiah pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Leicester City di Emirates, semalam.

Arteta berkata, layangan kad merah kepada penyerang skuad bawah-21 England pada minit ke-75 itu sekali gus menyaksikan skuad kendaliannya itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain, pada lewat perlawanan biarpun sedang mendahului lawan 1-0 hasil jaringan bintang Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang pada minit ke-21.

Lebih malang menurut Arteta, kad merah berkenaan dilayangkan pengadil, Chris Kavanagh kepada Nketiah hanya selepas empat minit pemain berusia 21 tahun itu memasuki padang dan didakwa mengasari pertahanan Leicester, James Justin.

"Dengan layangan kad merah itu, saya sifatkan Kavanagh tidak melihat kepada pemain. Sebagai pengadil anda seharusnya tahu dia hanya seorang pemain muda dan ia tidak seharusnya melibatkan layang kad merah dalam keputusan anda.

"Sebaliknya, Leicester yang perlu bermain dengan 10 pemain selepas 42 minit perlawanan apabila Jamie Vardy dilihat mengasaari Shokdran Mustafi. Tetapi ia tidak berlaku.

"Saya tak faham dengan undang-undang ini, sejak saya berada di sini saya tak pernah lihat pengadil meneliti imej yang dipaparkan Video Pembantu Pengadil (VAR) untuk menilai keadaan. Ia adalah keputusan dan saya tidak boleh berbuat apa-apa," katanya.

Pada perlawanan berkenaan, skuad The Gunners itu yang sedang mendahului 1-0; terpaksa beraksi dengan 10 pemain bagi tempoh 15 minit terakhir perlawanan setelah Nketiah dilayangkan kad merah setelah pengadil melihat rakaman VAR biarpun pada awalanya hanya melayangkan kad kuning kepada pemain berkenaan.

Kesempatan itu dimanfaatkan Leicester dan menyaksikan Leicester berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan penyerang, Jamie Vardy pada minit ke-84.

Sementara itu pengendali The Foxes, Brendan Rodgers berkata, pengadil perlawanan membuat keputusan tepat melayangkan kad merah berkenaan.

Katanya, biarpun Nketiah tidak 'berniat' untuk mengasari Justin yang juga rakan sepasukannya dalam skuad bawah-21 England, namun kakinya dilihat menghala ke atas ketika cuba merebut bola dengan pemain pertahanan Leicester itu.

"Bagi saya Kavanagh membuat keputusan yang betul. Selain itu saya turut memuji aksi penjaga gol kami, Kasper Schmeichel yang banyak menyelamatkan percubaan tuan rumah terutamanya pada babak pertama.

"Dia (Schmeichel) adalah antara penjaga gol terbaik dan dia pemain penting buat kami ketika ini,' katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf