Hotel MiTC tawar tiga pakej menarik

Hotel MiTC sentiasa mengalu-alukan kedatangan tetamu untuk menginap di hotel mereka.
Hotel MiTC sentiasa mengalu-alukan kedatangan tetamu untuk menginap di hotel mereka.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Dalam mendepani pandemik koronavirus (Covid-19), Hotel MiTC terus proaktif dan positif meneruskan usaha menarik kehadiran pengunjung.

Eksekutif Pemasarannya, Nabila Mahat berkata, pihaknya mengambil pendekatan mempromosikan produk yang disediakan hotel secara kreatif melalui tawaran tiga pakej penginapan menarik seperti 'Family Sport Package' iaitu menikmati penginapan 2 hari 1 malam sambil bermain golf dan boling dengan harga RM130 sebilik.

Menurutnya, bagi penggemar durian, pihaknya menyediakan pakej 'Durian Weekend Gateway' dan pelanggan berpeluang menikmati raja buah sambil merasai keindahan suasana Dusun Eco De Bem dengan potongan diskaun sebanyak 20 peratus dari harga pasaran.

Sebahagian tetamu yang hadir pada majlis minum petang bersama rakan di Hotel MiTC, Ayer Keroh baru-baru ini.
Sebahagian tetamu yang hadir pada majlis minum petang bersama rakan di Hotel MiTC, Ayer Keroh baru-baru ini.

Malah katanya, melalui pakej golf pula, pelanggan yang menginap di hotel akan mendapat harga istimewa untuk setiap kelab Golf di Melaka seperti Ayer Keroh 'Country and Golf Club' dengan harga RM153.20 seorang, Tiara Melaka Golf and Country Club' dengan harga RM160.20 seorang dan 'Orna Golf and Country Club' dengan harga RM130 seorang di mana tawaran itu termasuk harga buggy, insurans dan green fees.

“Usaha yang dilakukan ini bertujuan untuk mempergiatkan sektor pelancongan Melaka sekali gus memberi dorongan positif kepada rakan industri pelancongan negeri dan negara.

“Secara tidak langsung memberi aspirasi kepada usahawan lain untuk meningkatkan semangat produktiviti dalam memajukan industri pelancongan Melaka seterusnya mempromosikan 'Melaka Is The Place To Be' dan 'Melakaku Maju Jaya Rakyat Bahagia Menggamit Dunia,” katanya selepas majlis minum petang bersama rakan di Hotel MiTC, Ayer Keroh baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: