Percutian indah dan damai

Ini adalah bilik Villa yang paling mewah di resort ini (mempunyai 5 bilik utama dan segala kelengkapan lain di dalamnya).
Ini adalah bilik Villa yang paling mewah di resort ini (mempunyai 5 bilik utama dan segala kelengkapan lain di dalamnya).
A
A
A

BERCAKAP mengenai percutian di pulau, Maldives antara salah satu topik utama kepada penggemar menikmati keindahan alam flora dan fauna.

Jika dihitungkan jarak perjalanan dari Malaysia ke Maldives, sejauh 3,171 kilometer perlu ditempuhi.

Kebanyakan ramai yang terpegun dengan kecantikan pantai di Maldives tetapi kenapa harus terbang jauh biarpun menyedari ia bukan satu destinasi yang murah menginap resort di negara tersebut.

Kepelbagaian aktiviti dalam kawasan resort memudahkan pengunjung yang tidak lagi perlu bersusah payah mencari alternatif lain.
Kepelbagaian aktiviti dalam kawasan resort memudahkan pengunjung yang tidak lagi perlu bersusah payah mencari alternatif lain.

Malaysia juga tidak kurang terkenal sebagai negara memegang reputasi sebagai syurga bagi pulau-pulau tropika disebabkan oleh kekayaannya dengan pulau-pulau yang mempesonakan jiwa.

Jadi tidak perlu berfikir panjang dan penggemar khususnya rakyat tempatan sekurang-kurangnya harus merasai nikmat yang Tuhan berikan di bumi Malaysia sendiri.

Mengapa harus bertandang ke Maldives sedangkan segalanya ada di The Taaras Beach & SPA Resorts.

Pengunjung tempatan seharusnya berbangga dengan negara sendiri dan mengagumi The Taaras Beach & SPA Resorts yang boleh menawarkan nilai Ringgit Malaysia berbanding US Dollar yang umumnya sangat mahal seperti di Maldives.

Artikel Berkaitan:

The Taaras Beach & SPA Resorts menjanjikan percutian sempurna hasil gabungan kemewahan dan keindahan resort yang terletak di bahagian utara Pulau Redang, Kuala Terengganu.

Vincent sering melakukan aktiviti snorkel berhampiran The Taaras Beach and SPA Resorts.
Vincent sering melakukan aktiviti snorkel berhampiran The Taaras Beach and SPA Resorts.

Terletak di sebuah teluk pantai peribadi berhampiran perairan Laut Cina Selatan, privasi The Taaras Beach & SPA Resorts berada dalam kelas tersendiri buat pengunjung.

Pulau Redang sememangnya terkenal dan menjadi salah satu pulau popular di Terengganu.

Lautnya yang jernih dan pantai berpasir putih sesuai untuk aktiviti selam atau hanya berjemur sambil menikmati angin pantai.

Pengunjung bakal merasai pengalaman lebih dekat dengan alam di mana pulau ini memberikan pelbagai pemandangan dan keindahan alam semula jadi termasuk melihat matahari terbenam, menyaksikan kebiruan dan kejernihan air laut.

Penulis amat teruja semasa berada di The Taaras Beach & SPA Resorts. Dapat pula menyertai kegiatan tradisi di Pulau Redang terutamanya snorkel.

Inilah masanya untuk anda merasai pengalaman berenang dengan ikan-ikan yang cantik dan jinak termasuk penyu.

Penyu yang popular dengan nama Jojo ini sering menjadi tumpuan.
Penyu yang popular dengan nama Jojo ini sering menjadi tumpuan.

Satu lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan pengunjung di The Taaras Beach & SPA Resort ialah berenang bersama penyu dan dapat bertemu Jojo, penyu paling popular di situ.

Kepelbagaian aktiviti dan tempat makan dalam kawasan resort ini turut memudahkan pengunjung yang tidak lagi perlu bersusah payah mencari alternatif lain.

Segalanya tersedia di sini. Privasi, keindahan flora dan fauna dan menghuni bilik bertaraf lima bintang di The Taaras Beach & SPA Resorts adalah pilihan terbaik untuk anda nikmati pengalaman indah sepanjang hidup.

Antara bilik kategori lain di The Taaras Beach and SPA Resorts.
Antara bilik kategori lain di The Taaras Beach and SPA Resorts.

Perkhidmatan terbaik

Kecekapan staf The Taaras Beach & SPA Resorts menguruskan pengunjung menjadi nadi kepada resorts milik Berjaya Group ini.

Penulis memuji staf The Taaras Beach & SPA Resorts yang telah melaksanakan tugas cukup cemerlang dalam memastikan kepuasan pengunjung terjamin sepanjang percutian di pulau ini.

Pemandangan dari restoran.
Pemandangan dari restoran.

Terima kasih kepada Azman Ramli, Zaidi Mustafa, Amirul Rashid yang bertugas di bahagian restoran.

Tidak dilupakan, Pengarah Bonquet, Azreen Siman yang berpangkalan di Kuala Lumpur tetapi akan membantu di Pulau Redang jika diperlukan.

Sementara di bahagian tempahan, Izatul Aini Baharom dan bahagian 'Bell Counter' iaitu Suhaily Mohamad, Wafiey Rosli dan Mohd Nazir Aziz pasti akan melayani anda dengan ramah.

Kaki snorkel dan berkayak pasti akan bertemu dengan orang kuat pantai iaitu Ahmad Haiqal, Azizi Jusoh atau lebih di kenali sebagai @Zola dan Nali Sidek, lebih mesra dengan panggilan @Mael atau 'bodyguard'.

Lebih menarik lagi, anda akan turut dilayan sendiri oleh Pengurus Besar The Taaras Beach & SPA Resorts, Pravir Mishra, yang sentiasa bertanya khabar pengunjung untuk memastikan anda selesa sepanjang di The Taaras Beach & SPA Resorts.

Ini sesuai dengan pendekatan moto yang dilaungkan oleh Pengarah Urusan Berjaya Land Berhad, Syed Ali Shahul Hameed iaitu 'perkhidmatan terbaik untuk tetamu hotel, adalah kunci kejayaan'.

Penginapan selesa

The Taaras Beach & SPA Resorts bertemakan sebuah pantai yang cukup tenang untuk anda rehatkan minda sambil melihat keindahan alam dengan pelbagai hidupan marin dan pasir pantainya yang putih.

Tempat penginapan ini terletak di Teluk Dalam dan menyediakan 158 bilik untuk para pengunjung pada harga yang berpatutan dengan servis dan kemudahan yang disediakan.

Pemandangan dari laut menonjolkan keindahan persekitaran The Taaras Beach and SPA Resorts.
Pemandangan dari laut menonjolkan keindahan persekitaran The Taaras Beach and SPA Resorts.

The Taaras Beach & SPA Resorts turut menyediakan Private Villa lima bilik dengan segala kelengkapan yang selesa dan menakjubkan.

Terdapat tiga tempat pilihan makan di The Taaras Beach and SPA Resorts, termasuk Bayu Bar yang terletak menghadap pantai.

'Kayak transparent' (telus) adalah antara yang paling popular di kalangan penghuni The Taaras Beach & SPA Resorts.
'Kayak transparent' (telus) adalah antara yang paling popular di kalangan penghuni The Taaras Beach & SPA Resorts.

Pengasas Berjaya Group yang juga pemilik resort, Tan Sri Vincent Tan kerap datang untuk memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kakitangannya malah tidak menolak mana-mana pengunjung yang ingin bergambar dengannya.

Inilah rahsia kejayaan The Taaras Beach & SPA Resorts, pemilik hingga ke akar umbi kakitangan mereka mesra pelanggan.

Jadi, apa tunggu lagi. Datang dan menginaplah di The Taaras Beach & SPA Resorts di Pulau Redang. Anda akan pulang dengan seribu kenangan dan pasti akan datang semula!

Bagaimana hendak ke The Taaras Beach & SPA Resorts?

- Perjalanan ke Terengganu mengambil masa kira-kira enam jam dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas atau kereta.

- Perjalanan bot ke Pulau Redang dari jeti Merang atau jeti Shahbandar, Kuala Terengganu mengambil masa kurang sejam.

- Anda boleh memilih untuk merasai pengalaman menaiki kapal terbang persendirian Berjaya Air dari Subang terus ke Pulau Redang yang disediakan khas untuk pelanggan The Taaras Beach & SPA Resorts.