Sultan Selangor bimbang rakyat abai SOP Covid-19

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa bimbang dan risau apabila mendapati ramai dalam kalangan rakyat khususnya di negeri ini yang semakin mengabaikan amalan prosedur operasi standard (SOP) untuk mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menerusi pemerhatian dilakukan, baginda mendapati rakyat negeri ini tidak lagi mematuhi garis panduan ditetapkan termasuk berada di tempat awam tanpa memakai pelitup muka serta tidak menjaga jarak sosial.

Baginda bertitah, bimbang sekiranya masih ramai yang berdegil dan tidak mengamalkan normal baharu itu, gelombang kedua penularan akan muncul sekali gus menjejaskan ekonomi dan kehidupan seharian rakyat.

"Rakyat perlu terus mengamalkan disiplin yang tinggi dengan sentiasa memakai pelitup muka, membersihkan tangan menggunakan sanitizer atau sabun dan mengamalkan penjarakkan sosial sekurang-kurangnya satu meter. Jika tidak sihat atau sakit, jangan keluar ke tempat awam.

"Selagi vaksin untuk wabak Covid-19 belum ditemui, setiap rakyat perlu berusaha sebaik mungkin untuk mematuhi SOP ditetapkan kerana ini sahaja cara yang terbukti berkesan bagi menghapuskan wabak berbahaya ini," titah baginda.

Baginda bertitah, tidak mahu rakyat terus hidup dalam suasana yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan seterusnya boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.

Baginda dalam pada itu turut bertitah supaya rakyat menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan khususnya di hospital serta tidak menambah bebanan tugas mereka.

Artikel Berkaitan: