Wujudkan semula pertandingan pemilihan Speaker Dewan Rakyat

Noh (dua kiri) bergandingan bersama Nik Nazmi dan Dr Nik Ahmad Kamal (kanan) pada Wacana 178 yang bertajuk 'Speaker: Antara Perlembagaan atau Kelangsungan Parti' di Kumpulan Karangkraf yang dikendalikan moderator, Zaleha Khairene.
Noh (dua kiri) bergandingan bersama Nik Nazmi dan Dr Nik Ahmad Kamal (kanan) pada Wacana 178 yang bertajuk 'Speaker: Antara Perlembagaan atau Kelangsungan Parti' di Kumpulan Karangkraf yang dikendalikan moderator, Zaleha Khairene.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dialu-alukan untuk mewujudkan semula pertandingan pemilihan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada sidang Parlimen 13 Julai depan untuk berlaku adil kepada pembangkang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, sekiranya calon Speaker dan Timbalan Speaker menang ia terbukti mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen yang bersidang.

"Jadi tidak akan timbul lagi tuduhan kononnya kerajaan PN tidak memperoleh sokongan yang cukup.

"Andai kata calon kerajaan itu kalah maka menerusi konvensyen kerajaan kena bubar," katanya selaku panelis Wacana 178 bertajuk 'Speaker: Antara Perlembagaan atau Kelangsungan Parti' yang berlangsung di Studio F, Kumpulan Karangkraf di sini.

Wacana itu menggandingkan beliau bersama dua lagi panelis iaitu Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood serta dikendalikan moderator, Zaleha Khairene Ismail.

Mengulas lanjut, Noh berkata, berdasarkan pengalamannya sepanjang 25 tahun sebagai ahli Parlimen, pertandingan pemilihan Speaker dan Timbalan Speaker itu pernah sekali diadakan pada 2008.

"Sebagai ahli Parlimen, saya mengalu-alukan pertandingan pemilihan Speaker dan Timbalan Speaker ini kerana ia terbukti berkesan dalam mengelakkan berlaku pertikaian.

Bagaimanapun, menurutnya, pertukaran Speaker dan Timbalan Speaker baharu apabila wujudnya kerajaan baharu tidak bertentangan dengan Perlembagaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, menjadi hak kerajaan baharu untuk memilih Speaker dan Timbalan Speaker baharu kerana perlu mengutamakan usul daripada kerajaan yang memerintah setiap kali adanya persidangan Parlimen.