Fosil ikan gergasi berusia 70 juta tahun ditemui di Argentina

Sisa fosil Xiphactinus di Amerika Syarikat ini dikatakan serupa dengan fosil yang ditemui di Argentina baru-baru ini.
Sisa fosil Xiphactinus di Amerika Syarikat ini dikatakan serupa dengan fosil yang ditemui di Argentina baru-baru ini.
A
A
A

BUENOS AIRES - Sekumpulan penyelidik kelmarin melaporkan telah menemui satu fosil ikan raksasa yang berusia 70 juta tahun di Patagonia, Argentina.

Ahli paleontologi Argentina dalam satu kenyataan berkata, pasukannya telah menemui fosil ikan pemangsa sepanjang lebih enam meter.

"Ikan itu dipercayai berenang di laut Patagonia pada akhir zaman kapur ketika suhu jauh lebih sederhana berbanding sekarang.

"Fosil haiwan karnivor dengan gigi tajam itu ditemui berhampiran dengan tasik Colhue Huapial, sekitar 1,400 kilometer (km) di selatan ibu kota Buenos Aires," katanya.

Katanya, fosil itu tergolong dalam genus Xiphactinus, antara ikan pemangsa terbesar yang ada dalam sejarah bumi.

Penemuan tersebut turut diterbitkan dalam jurnal saintifik 'Alcheringa: An Australian Journal of Palaeontology'. - Agensi

Artikel Berkaitan: