X

Kindly register in order to view this article
!

'Kalau nak ambil Bersatu, ambillah'

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan menarik semula saman sivil terhadap kes pemecatan keahlian beliau dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Syed Saddiq juga seolah-olah tidak lagi mahu mempertahankan parti itu sebaliknya akan sentiasa mencipta ruang demi meneruskan perjuangan membina negara.

"Kalau nak ambil parti, ambillah. Kalau nak buang nombor keahlian saya, buanglah. Saya tidak akan melengah-lengahkan usaha tuan-tuan sekalian. Saya akan sentiasa mencipta ruang untuk membina negara. Bagi saya, rakyat dan negara itu paling utama.

"Banyak juga pendapat dikongsi tentang langkah terbaik untuk masa hadapan negara. Walau apa pun, jika ia berpaksikan negara dan anak muda, saya tahu itulah langkah yang akan saya ambil dan pilih," katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Hari ini Armada mengumumkan Naib Ketua Armada, Mohd Aizad Roslan menerajui sayap parti itu susulan pengguguran keahlian Syed Saddiq pada 28 Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mohd Aizad ganti Syed Saddiq sebagai Ketua Armada

Mengulas mengenai pengumuman itu, Syed Saddiq berkata, beliau berasa rendah diri dengan pelantikan tersebut

"Bersatu telah melantik ketua Armada yang baharu selepas saya dipecat. Kalau tanya saya, saya merasa rendah diri. Pengalaman dan pengetahuan yang saya raih dalam Armada besar nilainya.

"Apabila khidmat saya dalam Bersatu dan Armada tidak diperlukan lagi, sudah tibanya masa untuk saya pergi," katanya.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Muar itu turut mengimbas perjuangan awal Armada yang disifatkan sudah dianggap sebagai keluarga bukan sekadar instrumen politik.

"Walaupun ada perselisihan, saya tidak pernah sesekali membawa ia keluar dari bilik mesyuarat. Semuanya untuk menjaga dan melindungi Armada yang kami bina bersama.

"Paling penting, kita harus faham bahawa parti politik adalah kenderaan untuk membela rakyat dan menjaga negara. Ia bukan alat untuk kepentingan individu, jalan mudah meraih kemewahan dan jaminan masa depan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!